Seruan puncak gunung

Oyster Perpetual Explorer 36 dalam Oystersteel dan emas kuning mempunyai permukaan hitam tersendiri dengan ciri angka 3, 6, dan 9 dengan paparan Chromalight.

Permukaan hitam

Kejelasan yang optimum dalam apa jua keadaan

Permukaan ialah wajah yang unik bagi jam tangan Rolex, iaitu ciri yang paling mencerminkan identiti dan kebolehbacaan. Ciri model Explorer iaitu angka 3, 6 dan 9 diisi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya biru yang tahan lama, seperti penanda dan jarum jam.

Sepertimana kesemua jam tangan Rolex, permukaan Explorer 36 direka dan dihasilkan sendiri secara dalaman, kebanyakannya menggunakan tangan untuk memastikan kesempurnaan.

Bezel Halus

Ikon terkenal

Oyster Perpetual Explorer 36 menerapkan semangat yang segar pada garisan polos lagi rapi yang telah lama menjadikan model ini ikonik.

Bezel halus dalam emas kuning adalah kukuh lagi elegan, dan begitu serasi dengan warisan Explorer yang ikonik.

Rolesor kuning

Gabungan dua bahan logam

Emas menjadi idaman kerana kilauan dan keunggulannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Gabungan bahan ini sebati secara harmoni dengan sifat terbaik masing-masing.

Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ini merupakan tonggak koleksi Oyster.

Rantai Oyster

Keajaiban bentuk dan fungsi

Rantai Oyster ialah keajaiban bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi yang sempurna, yang direka untuk menjadi teguh dan selesa. Ia dilengkapi dengan pengancing lipat Oysterlock yang menghalang daripada terbuka tanpa sengaja dan pautan sambungan keselesaan Easylink yang juga eksklusif untuk Rolex.

Sistem yang bijak ini membolehkan pemakai memanjangkan lagi panjang rantai sehingga kira-kira 5 mm agar dapat memberikan keselesaan tambahan dalam apa jua keadaan.

Lagi butiran teknikal Explorer

Rujukan 124273

Explorer 36

Brosur

Muat turun brosur

Hubungi Peruncit Rasmi Rolex

Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.

Hubungi peruncit

Jam tangan yang mungkin anda suka

Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.