Unsur klasik yang canggih

Perpetual 1908 mempunyai penutup 39 mm dalam platinum dengan tali kulit buaya.

Permukaan Biru Ais

Pengenalan eksklusif

Dail biru ais ialah guilloche dengan motif bijirin beras. Reka bentuk seperti roset ini tersendiri kerana corak geometri tiga dimensi yang berulang yang menjangkau permukaan dail bermula dari pengira saat kecil pada pukul 6. Trek minit di sekeliling dail diapit oleh sempadan kerja guilloche yang berkedut halus. Dengan pengenalan dail yang dibuat melalui guillochage, atau putaran enjin – teknik yang menggunakan penggores untuk mengukir corak geometri ke permukaan – Rolex sedang mengikuti hala tuju yang telah ditetapkan untuk koleksi Perpetual sebagai penghormatan kepada seni klasik pembuatan jam tangan yang diselitkan dengan pengetahuan dan kreativiti jenama. Dail eksklusif ini mempunyai angka Arab yang sama iaitu 3, 9 dan 12, penanda jam sesegi yang sama dan jarum yang sama seperti versi emas 18 karat.

Warna dail eksklusif ini hanya boleh didapati pada Day-Date, Cosmograph Daytona dan Perpetual 1908.

Bezel berkubah dan berjejalur

Bezel terbahagi

Jam tangan yang elegan dan kemas ini menampilkan sarung nipis yang dipasang dengan bezel yang sebahagiannya berkubah di bahagian atas dan sebahagiannya berjejalur halus di bahagian bawah.

Platinum

Logam adi terunggul

Nadir dan berharga, platinum memukau dengan keputihan perak dan kilauan terang. Ia adalah antara logam paling padat dan paling berat di dunia, dibezakan oleh sifat kimia dan fizikal yang unik seperti ketahanan kakisan yang luar biasa.

Agak menakjubkan platinum itu juga lembut, elastik dan mudah dibentuk, yang menjadikan proses pemesinan dan penggilapan sangat sukar kerana ia menuntut tahap kemahiran yang sangat tinggi. Rolex sentiasa menggunakan platinum 950, iaitu satu aloi yang merangkumi 950‰ (perseribu) platinum, dibuat dengan teliti secara dalaman oleh tukang logam yang terbaik di Rolex. Logam yang paling mulia untuk jam tangan yang terbaik.

Tali yang Mewah

Disesuaikan secara individu

Versi 1908 ini dipasang dengan tali kulit buaya. Tali yang elegan ini tersendiri kerana mempunyai lapisan kulit anak lembu hijau dan jahitan dengan rona yang mirip.

Tali ini dilengkapi dengan Dualclasp, pengancing lipat berganda, dalamplatinum . Kerana bentuk yang direka dengan teliti, Dualclasp sentiasa melekap di tengah-tengah pergelangan tangan.

Lagi butiran teknikal 1908

Rujukan 52506

1908

Brosur

Muat turun brosur

Hubungi Peruncit Rasmi Rolex

Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.

Hubungi peruncit

Jam tangan yang mungkin anda suka

Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.