Penjelajah dunia

Untuk penjelajah dunia sejati

Sama ada pemain golf, pelayar atau penunggang ekuestrian yang mengembara ke seluruh dunia, mereka mesti sentiasa bersedia, walau apa pun destinasi atau jarak yang dilalui. Mereka semua memakai Sky-Dweller. Elegan, maju dari segi teknikal dan serba boleh, jam ini menemani mereka di seluruh dunia dan mengharungi peredaran masa sebagai saksi utama kehidupan dan pencapaian mereka yang mengujakan.

Testimoni Rolex sejak tahun 2016

Jon Rahm

Jon Rahm
Kejohanan Masters

Kerjaya cemerlang

Jaket Hijau legenda yang dipakai olehnya pada tahun 2023 setelah memenangi Kejohanan Masters di Augusta mengesahkan kedudukan pemain golf Jon Rahm sebagai juara yang ulung. Sering kali menduduki tangga teratas dunia, Rahm ialah pemain Sepanyol pertama yang memenangi Terbuka Amerika Syarikat pada tahun 2021. Beliau juga merupakan pemain pertama yang memenangi lima acara Siri Rolex. Dari Dubai ke Madrid dan melintasi Arizona tempat beliau belajar, Rahm ialah pengembara yang tidak kenal erti lelah. Beliau telah memilih Sky-Dweller dalam versi Rolesor putih dengan permukaan biru cerah.

Testimoni Rolex sejak tahun 2014

Kent Farrington

Kent Farrington
Pesta Ekuestrian Dunia

Mengatasi halangan

Bagi Kent Farrington, pertunjukan lompat kuda ialah minatnya sejak kecil lagi. Selepas kerjaya amatur yang cemerlang, beliau menceburi arena profesional pada usia 18 tahun dan pada 2015, menjadi pelumba pertama dari Amerika Syarikat yang memenangi Peringkat Akhir 10 Teratas IJRC Rolex. Dua tahun kemudian, beliau memenangi Grand Prix Rolex di CHI Geneva dan menjadi No. 1 Dunia. Kemudian, pada 2019, beliau sekali lagi mengungguli Peringkat Akhir 10 Teratas dan memenangi Grand Prix Rolex pada Pesta Ekuestrian Dunia, CHIO Aachen. Pengembara dunia ini sangat menyukai Sky-Dweller miliknya dalam emas putih 18 karat dengan permukaan hitam cerah.

Testimoni Rolex sejak tahun 2009

Robert Scheidt

Robert Scheidt
tujuh lautan

Pelayar tujuh lautan

Lima pingat daripada tujuh penampilan Sukan Olimpik berturut-turut antara 1996 hingga 2020 telah menjadikan Robert Scheidt sebagai pelayar yang luar biasa. Dengan 12 gelaran, tiga pingat perak dan satu gangsa daripada 16 kejohanan dunia di lima benua, kapten Brazil itu mencatat salah satu rekod prestasi paling mengagumkan dalam sukan itu. Sky-Dweller dalam versi Rolesor putih dengan permukaan biru cerah menemani Pelayar Terbaik Dunia Rolex 2001 dan 2004 ini.