Kemudahan

Pastikan jam mudah digunakan

Kami sentiasa memastikan bahawa jam tangan kami tetap mudah digunakan, tidak kira betapa rumit proses yang bakal kami jalankan.

Misalnya kalendar Saros kami. Diperkenalkan pada tahun 2012, kalendar Saros melengkapi Sky-Dweller dengan kalendar tahunan yang cuma menggunakan empat rangkaian gear dan dua nisbah gear tambahan. Mudah dan berkesan.

Lebih mengagumkan lagi ialah sistem Ring Command kami. Berfungsi sebagai roda pemilih, sistem ini membolehkan pemakai menetapkan tarikh, bulan, waktu tempatan dan waktu rujukan dengan hanya menggunakan bezel boleh putar dwiarah. Mudah dan boleh dipercayai. Semua pakar bersetuju bahawa kalendar tahunan Saros dan sistem Ring Command merupakan kesulitan yang tiada tandingannya dalam dunia pembuatan jam tangan. Sungguh mudah dan tampak jelas, setelah dilakukan.

Kalendar

Kami sentiasa memastikan bahawa jam tangan kami tetap mudah digunakan, tidak kira betapa rumit proses yang bakal kami jalankan. Selama ini, ada satu perkara yang telah kami pelajari, iaitu anda tidak akan rugi dengan memudahkan sesuatu perkara.

Sesungguhnya, sistem ini merupakan hasil kepakaran unik kami yang diturunkan dan disempurnakan dari satu generasi ke satu generasi. Kemudahan ialah satu cabaran yang memacu seluruh pembuatan kami daripada pemprototaipan menerusi kawalan kualiti berterusan hingga proses pemasangan yang amat teliti. Selama ini, ada satu perkara yang telah kami pelajari, iaitu anda tidak akan rugi dengan memudahkan sesuatu perkara.

Kepakaran Membuat Jam Tangan Rolex

Kecemerlangan sedang dicipta