Deepsea Challenge

Horizon lautan dalam

Sedalam mana pun perairan itu, lautan dalam membuka horizon baharu untuk manusia.

Namun, untuk sampai ke tempat yang belum ditemui ini memerlukan ketahanan terhadap tekanan melampau. Selama hampir 70 tahun, Rolex telah mengiringi para penjelajah dan menghasilkan jam tangan alatan yang bertambah hebat. Model-model yang menjadi ikon dan juga tanda aras pembuatan jam tangan dalam dunia penyelaman, iaitu Submariner yang dilancarkan pada tahun 1953, Sea-Dweller (1967) dan Rolex  Deepsea (2008). Hasil daripada kepakaran ini, Oyster Perpetual Deepsea Challenge mewakili sebuah pencapaian baharu dalam perjalanan ke lautan dalam.

Ambiens Deepsea Challenge

Satu pencapaian baharu dalam perjalanan ke lautan dalam

Model baharu dalam koleksi Oyster Perpetual ini diilhamkan oleh jam tangan eksperimen Rolex Deepsea Challenge yang dibawa bersama James Cameron semasa beliau turun sedalam 10,908 meter (35,787 kaki) ke Jurang Mariana pada 26 Mac 2012. Untuk memberikan prestasi yang terjamin dengan keselesaan optimum pada pergelangan tangan, Deepsea Challenge diperbuat daripada titanium RLX, iaitu sejenis aloi titanium gred 5. Dilengkapi dengan injap lepas helium dan sistem Ringlock, jam tangan ini boleh menemani para penyelam dalam apa jua persekitaran – semasa selaman bebas, dalam kapal atau alat boleh tenggelam, atau di dalam kebuk hiperbarik – sehingga kedalaman ekstrem sedalam 11,000 meter (36,090 kaki). Dalam apa jua keadaan, Oyster Perpetual Deepsea Challenge mengubah tekanan menjadi sekutu.

Deepsea Challenge - Tekanan

Tekanan, daya alam yang tidak berubah

Penyelam terbaik iaitu Oyster Perpetual Deepsea Challenge ialah lanjutan daripada jam tangan eksperimen yang dicipta pada tahun 2012 untuk mengiringi James Cameron di Jurang Mariana. Jam tangan ini ialah jam tangan yang menjangkaui sempadan inovasi kerana dapat menahan tekanan abis dan mencegah kesan buruk yang berkaitan dengan helium. Gas ini yang diperlukan untuk selaman tepu, terdiri daripada atom yang sangat kecil sehingga dapat menembusi penutup jam tangan melalui meterai yang kalis air apabila berada dalam ruang hiperbarik. Jika helium kekal terperangkap dalam jam tangan, gas ini boleh merosakkan jam, bahkan memisahkan kristal daripada penutup semasa proses penyahmampatan. Oleh itu, injap lepas helium membolehkan gas dilepaskan tanpa menjejaskan kekalisan air jam tangan. Satu jaminan kepercayaan untuk para penjelajah dalam air, Deepsea Challenge juga merupakan sumber inspirasi harian untuk para pemakai harian dalam usaha mereka untuk mencabar batasan.

Deepsea Challenger

Mengubah tekanan menjadi tenaga berharga

Penggunaan titanium RLX untuk menghasilkan penutup dan rantai menyelesaikan sebuah masalah yang penting: isu kebolehpakaian. Sejenis logam yang sangat ringan, titanium RLX telah mengurangkan berat Deepsea Challenge sebanyak 30 peratus berbanding jam tangan eksperimen yang digunakan dalam ekspedisi James Cameron pada tahun 2012. Penyelidikan selama bertahun-tahun diperlukan untuk mengatasi semua cabaran pembuatan jam tangan dan perkilangan yang dikemukakan oleh Deepsea Challenge. Daripada reka bentuk penutup sehingga reka bentuk rantai, jam tangan berdiameter besar ini (50 mm) dihasilkan untuk kegunaan harian. Dapat menahan tekanan seribu kali lebih besar daripada tekanan di permukaan, jam tangan ini menggabungkan sistem Ringlock dengan injap lepas helium, seperti Rolex Deepsea sebelumnya, menjadikan Deepsea Challenge seutas jam tangan penyelam yang sempurna.

Deepsea Challenge - Menjangkaui

Menjangkaui batasan dan membuka horizon baharu

Sebagai penjelmaan usaha Rolex untuk kecemerlangan, Deepsea Challenge menganggap kedalaman lautan sebagai sempadan baharu untuk penerokaan. Kawasan-kawasan ini yang dianggap tidak menyenangkan dan kurang dikenali, sebenarnya merupakan sumber maklumat penting yang diperlukan untuk pemeliharaan planet ini. Bertahan daripada tekanan yang luar biasa, menyelam ke batasan keupayaan manusia, meluaskan batas pengetahuan kita: Deepsea Challenge mampu mengiringi perintis masa depan ketika menghadapi cabaran-cabaran ini.

  • James Cameron's watch
    Discover more
  • Deepsea Challenge
    Discover more