Rolex Deepsea

Keberanian di bawah tekanan

Deepsea

Rolex Deepsea melambangkan piawaian teknikal yang tepat yang sentiasa dikemas kini apabila mereka bentuk jam tangan Profesional kami khusus untuk menyelam.

Dilengkapi dengan injap lepas helium dan sistem Ringlock, jam ini mampu menahan tekanan laut dalam yang ekstrem hingga kedalaman 3,900 meter (12,800 kaki), sekali gus melampaui batasan penerokaan dalam air.

Injap Helium

Injap lepas helium
Menguasai tekanan

Eksklusif untuk Rolex dan dipatenkan pada tahun 1967, injap lepas helium yang melengkapi Rolex Deepsea ialah ciptaan penting untuk selaman tepu. Injap ini diskrukan secara kedap pada penutup dan terdiri daripada silinder, omboh, gasket dan pegas yang bertindak sebagai injap keselamatan sekiranya wujud tekanan dalaman yang berlebihan.

Semasa turun ke dasar, ruang hiperbarik dipenuhi dengan campuran gas, yang kebanyakannya terdiri daripada helium, yang penting untuk kelangsungan hidup para penyelam. Molekul helium adalah sangat kecil sehingga dapat menembusi penutup jam tangan. Semasa proses penyahmampatan, jika helium tidak keluar dengan cepat, ini boleh merosakkan jam tangan, bahkan memisahkan kristal daripada penutup.

Injap lepas helium adalah bersifat searah dan diaktifkan secara automatik apabila tekanan di dalam penutup lebih tinggi daripada tekanan luaran. Injap ini membebaskan atom helium demi memelihara keutuhan jam tangan semasa kembali ke permukaan.

Sistem Ringlock

Sistem Ringlock
Menjadikan tekanan sebagai sekutu

Di samping injap lepas helium, Rolex Deepsea dilengkapi dengan sistem Ringlock: seni bina penutup inovatif yang memberikan ketahanan terhadap tekanan yang lebih kuat kepada penutup Oyster semasa berada di lautan dalam.

Peranti pintar yang dibangunkan oleh Rolex ini dan dipatenkan, bergantung pada gabungan tiga bahagian. Dengan Rolex Deepsea, ia terdiri daripada kristal nilam setebal 5.5 mm hampir kalis calar dengan salutan anti-reflektif; cincin mampatan sangat tahan - diperbuat daripada keluli diperkaya nitrogen pada versi dalam Oystersteel dan seramik biru pada jam tangan dalam emas kuning 18 karat - yang sahaja menanggung tekanan yang dikenakan oleh air; dan akhirnya sarung kembali dalam titanium RLX, dipegang pada gelang mampatan dengan gelang skru bawah dalam Oystersteel atau emas kuning 18 karat.

Ketiga-tiga bahagian ini yang ditindih pada penutup tengah meningkatkan prestasi jam tangan dari segi ketahanan dan mampu menahan tekanan air yang lebih dalam. Bagi Rolex Deepsea, ini bermakna 3,900 meter (12,800 kaki) di bawah permukaan, iaitu tekanan yang besar bersamaan dengan kira-kira tiga tan ke atas kristal nilam.

Bezel bersenggat dan paparan Chromalight
Kejelasan yang cemerlang

Bezel bersenggat

Ciri utama Rolex Deepsea dan semua jam tangan penyelam Rolex, iaitu bezel boleh putar satu arah, dilengkapi dengan sisipan bezel Cerachrom monoblok bersenggat 60 minit. Alat penting ini mengukur masa selaman dengan tepat.

Dihasilkan oleh Rolex dan dipatenkan, sisipan bezel Cerachrom diperbuat daripada seramik berteknologi tinggi. Sisipan ini sangat keras, teramat kalis calar, dan warnanya tidak berubah. Senggatan dan angka yang dibentuk dan berlekuk disaluti dengan metal berharga yang kontras melalui PVD (Pemendapan Wap Fizikal).

Bezel ini juga boleh dipusingkan dengan mudah walaupun ketika memakai sarung tangan kerana adanya tombol-tombol tepi berlekuk yang memberikan cengkaman yang baik.

Chromalight

Paparan Chromalight memberi Rolex Deepsea kebolehbacaan optimum dalam apa-apa keadaan. Bahan pendarkilau yang digunakan bersinar putih terang pada waktu siang dan memancarkan cahaya biru pekat dalam keadaan gelap.

Eksklusif untuk Rolex dan diperkenalkan pada tahun 2008, paparan Chromalight telah dioptimumkan pada tahun 2021 dengan penggunaan bahan baharu yang memancarkan cahaya biru yang tahan lebih lama dan rona putih yang lebih cerah pada waktu siang. Prestasi bahan pendarkilau ini ternyata melebihi standard yang diperlukan dalam proses pembuatan jam yang biasa.

Bahan ini terhasil daripada proses pembuatan yang kompleks dengan membakar serbuk yang amat halus – terdiri daripada aluminium, strontium, disprosium dan europium – pada suhu tinggi dan kemudian dicampurkan dengan cecair resin. Penanda jam, jarum, kapsul dan bezel diisi atau disadur dengan menggunakan tangan. Operasi ini memerlukan ketepatan yang tinggi untuk mencampurkan dos kuantiti bahan dengan sempurna dan mendapatkan hasil yang seragam yang memenuhi kriteria kecemerlangan Rolex.

Ambiens Rolex Deepsea
 Permukaan biru D

Permukaan biru D
Nuansa lautan

Sepertimana Jacques Piccard dan Don Walsh dalam ekspedisi mereka menggunakan batiskaf Trieste pada tahun 1960, James Cameron turut membuat rekod selaman ke Jurang Mariana pada tahun 2012. Dengan mengemudi DEEPSEA CHALLENGER, pembikin filem dan penjelajah itu berjaya mencapai kedalaman ekstrem 10,908 meter (35,787 kaki) di bawah permukaan Lautan Pasifik. Pada lengan manipulator robot kapal, jam tangan penyelam eksperimen dilekatkan: Rolex Deepsea Challenge.

Sempena selaman bersejarah ini, Rolex mempersembahkan versi baharu Rolex Deepsea pada tahun 2014 dengan permukaan yang dikenali sebagai “biru D”. Kecerunan warna yang halus antara biru gelap hingga hitam pekat membangkitkan suasana zon senja laut dalam, iaitu tempat ekor cahaya dari permukaan menghilang dan air mula diselubungi kegelapan.

Untuk meraikan kerjasama antara Rolex dengan pembikin filem yang berjiwa besar itu, perkataan “DEEPSEA” berwarna hijau ditulis pada permukaan sempena warna kapal James Cameron.

Pengancing Oysterlock dengan sistem sambungan Glidelock Rolex
Keselamatan dan kebolehpercayaan dalam semua keadaan

Rantai Oyster Rolex Deepsea dipasang dengan pengancing keselamatan Oysterlock yang dipatenkan. Terdapat juga sistem sambungan Glidelock Rolex yang dibangunkan oleh Rolex, yang membolehkan jam tangan itu dipakai dengan selesa di luar pakaian selam.

Dikhaskan untuk jam tangan Rolex Professional, pengancing Oysterlock melambangkan teknologi termaju. Bahagian ini mempunyai mekanisme pengancing lipat dan penampan keselamatan yang mengelak daripada terbuka. Hal ini menjamin kancingan yang boleh dipercayai dan pengendalian yang selesa, termasuk semasa berada dalam air.

Sebuah peranti canggih disepadukan ke dalam Oysterlock, iaitu sistem sambungan Glidelock Rolex yang terdiri daripada rak yang membolehkan panjang rantai dilaraskan dengan rapi tanpa memerlukan alatan. Glidelock Rolex pada rantai Oyster mempunyai 10 takuk selebar kira-kira 2 mm setiap satu.

Kepakaran Rolex
Reka bentuk untuk penyelam

Direka bentuk untuk penyelaman laut dalam, Rolex Deepsea dilengkapi dengan putaran jam Triplock yang mengukuhkan kekedapan penutup Oyster. Putaran yang diskrukan ini telah dicipta pada tahun 1970 dan terdiri daripada tiga zon kedap.

Bahagian yang terdapat pada semua jam tangan penyelam Rolex ini terdiri daripada kira-kira 10 komponen yang diperbuat daripada bahan yang dipilih kerana sifat intrinsik: polimer untuk pengedap kalis air, Oystersteel, logam berharga dan titanium RLX untuk bahagian mekanikal dan estetik.

Putaran jam Triplock yang diskrukan pada penutup untuk memberikan sifat kalis air yang sempurna boleh dikenali dengan tiga simbol yang timbul di bawah lambang Rolex di bahagian hadapan.

Oystersteel

Rolex Deepsea diperbuat daripada Oystersteel, aloi istimewa yang tergolong dalam keluarga keluli 904L yang biasanya digunakan dalam persekitaran teknologi tinggi seperti industri ruang angkasa dan kimia.

Pada tahun 1985, Rolex menjadi jenama pembuatan jam pertama yang menggunakan blok keluli 904L padu untuk penutup tertentu.

Oystersteel sangat tahan terhadap kakisan dan memberi Rolex Deepsea sinaran unik yang mengekalkan kilauan walaupun dipakai dalam persekitaran ekstrem.

Emas kuning
Rolex Deepsea juga boleh didapati dalam emas kuning 18 karat. Sama ada emas 18 karat kuning, putih atau Everose, semua emas Rolex dicipta sepenuhnya dan dituang di dalam faundri jenama itu sendiri. Terdiri daripada 750 ‰ emas tulen dan campuran perak, kuprum atau paladium, aloi berharga ini dibezakan dengan ketulenan dan sinaran.
Kaliber 3235

Kaliber 3235 yang menggerakkan Rolex Deepsea ialah sebuah gerakan automatik yang dibangunkan dan dihasilkan sepenuhnya oleh Rolex. Seni bina, pembuatan dan ciri inovatif menjadikan kaliber ini sangat tepat dan boleh dipercayai.

Dengan 14 paten ketika dilancarkan pada tahun 2015, kaliber 3235 ialah gerakan yang dipasang dengan pegas rambut Parachrom dan bolosan Chronergy, yang kedua-duanya mampu menahan medan magnet yang kuat. Kaliber ini juga mempunyai penyerap kejutan Paraflex yang melindungi pengayun daripada hentaman.

Rolex Deepsea ialah Kronometer Superlatif yang diperakui yang menawarkan prestasi cemerlang, terutamanya dari segi ketepatan (-2/+2 saat sehari) dan autonomi (kira-kira 70 jam).