Anatomi Rolex

Bezel

Bezel berjejalur

Bezel berjejalur

Keindahan yang tiada bandingan

Ini ialah bezel berjejalur terkenal kami. Ciptaan yang gemilang dari setiap sudut. Diperkenalkan pada Oyster kami pada tahun 1926, ia mengagumkan, pertama sekali kerana reka bentuk asal yang luar biasa, yang membolehkan ia dipasang dengan ketat pada penutup, dengan itu melengkapkan kekalisan air jam tangan ini. 

Bagaimanapun, sejak 1953, ia telah dipasang pada jam tangan dengan pemasangan geseran. Seseorang mungkin tertanya-tanya mengapa kami menyimpan reka bentuk tersebut dan juga menajamkan lagi geometri distingtif bezel ini? Jawapannya mudah sahaja. Pada mulanya bezel berjejalur ini hanya salah satu elemen antara yang lain yang menangkis habuk dan air, namun ia kini terpasang untuk memantulkan cahaya secara unik walaupun sedikit. Dibentuk secara eksklusif menggunakan emas 18 karat atau platinum 950, kami telah mempertingkatkan jejalur dan kemasan bezel ini dengan semangat yang kekal sama seperti yang kami tumpukan kepada matlamat fungsinya. Sama ada melalui sekilas pandang atau pantulan, semua akan mengenali ciri utama kami ini.

Bezel Berjejalur
Bezel berjejalur

Skala takimetri

Kelajuan Berdasarkan Pergerakan

Ini ialah skala takimetri kami, yang diperkenalkan pada Cosmograph Daytona dalam tahun 1963. Terterap dalam bezel, sama ada diperbuat daripada logam berharga atau dalam seramik berteknologi tinggi, ia mengenal pasti model ikonik ini dengan sepintas lalu.

Mungkinkah kerana pengukuran pada skala yang luar biasa?  Bilangannya menurun, daripada 400 hingga 60, dengan unit yang semakin menjauh antara setiap satu… Walaupun kelihatan kriptik, ketidakteraturan ini membolehkan ukuran kelajuan secara pantas, dalam jarak yang ditetapkan, dengan ketepatan yang luar biasa. Mulakan, kemudian hentikan kronograf, dan hasilnya boleh dibaca serta-merta. Mudah. Pantas. Ia akan digunakan semasa anda berlumba ke arah pencapaian anda yang seterusnya, untuk mengukur keluasan prestasi anda sendiri.

Skala takimetri
Bezel Ring Command

Ring Command Sky-Dweller

Berputar seiring dunia

Ini ialah sistem Ring Command Oyster Perpetual Sky-Dweller. Diperkenalkan pada tahun 2012, inovasi yang dipatenkan ini mewujudkan sinergi antara bezel, mahkota pengunci dan kaliber jam tangan tersebut. Dengan memusingkan bezel berjejalur dwiarah, pemakai boleh memilih fungsi untuk ditetapkan dengan mudah, sebelum membuat pelarasan menggunakan mahkota pengunci.

Pada pukul 12, kedudukan neutral. Pada pukul 11, kalendar. Pada pukul 10, waktu tempatan dan pada pukul 9, waktu rujukan. Tidak kira masa siang atau malam, penetapan fungsi dapat dilakukan dengan sangat mudah. Begitu juga apabila melaraskan kalendar tahunan, Saros, eksklusif untuk Sky-Dweller. Dengan satu langkah yang mudah, sistem Ring Command membolehkan seseorang itu menjajarkan segala pemboleh ubah kompleks mana-mana perjalanan selari dengan rentak kehidupan mereka. Dari satu persinggahan ke satu lagi dan satu zon waktu ke zon seterusnya. Jauh perjalanan, luas pemandangan.

Cincin command bezel

Kepakaran Membuat Jam Tangan Rolex

Kecemerlangan sedang dicipta