Anatomi Rolex

Rantai

Rantai Oyster

Rantai Oyster

Keselesaan pergerakan

Ini ialah rantai Oyster kami dengan pautan tiga keping yang unik dan sangat teguh. Rantai ini merupakan tanda nilai-nilai asas dan paduan yang wujud dalam semua hasil tangan kami. Fungsi dan bentuk, keteguhan dan kelenturan, keselesaan dan keanggunan.

Dibangunkan pada akhir 1930-an, rantai ini melambangkan gerak hati asal Hans Wilsdorf, yang meramalkan jam tangan sebagai alat yang mampu menyahut cabaran dunia yang semakin moden. Rolex bukan sahaja membangunkan kaliber jam tangan yang melepasi piawaian pembuatan jam. Malah, mencipta standard baharu untuk rantai ini serta memberikan identiti dan nuansa tersendiri. Oleh itu, rantai Oyster bukan sahaja melentur mengikut pemakai. Malah, memiliki ekspresi sendiri.

Rantai Oyster
Glidelock

Glidelock

Selangkah lagi

Ini ialah sistem sambungan Glidelock Rolex kami. Diperkenalkan pada tahun 2008 dan dipatenkan, sambungan ini membolehkan beberapa rantai jam kami dilaraskan hingga lebih kurang 15 atau 20 mm, takuk demi takuk, tanpa alatan. Rak itu tersembunyi di bawah penutup pengancing jam tangan menyelam kami dan mana-mana jam yang dilengkapi dengan rantai Oysterflex kami.

Memandangkan perubahan mendadak persekitaran kita mustahil untuk diramalkan, kebolehan menyesuaikan diri dengan tepat dan cemerlang boleh menjadi kelebihan yang berharga. Glidelock Rolex memungkinkan hal ini melalui beberapa cara. Di samping mudah digunakan, mekanisme sambungan merupakan tumpuan penting kepakaran jenama kami. Bagi kami, jam tangan dianggap sebagai sebuah gabungan yang rantai memainkan peranan utama. Pakar kami telah mereka bentuk sistem pemanjangan ini untuk membolehkan pemakai bergerak lebih bebas dan selesa. Dan kemudian, kebebasan untuk melangkah lebih jauh lagi.

Glidelock
Easylink

Easylink

Keselesaan yang sempurna

Ini ialah sistem sambungan pantas kami, Easylink, yang dipatenkan pada tahun 1996. Tersembunyi di bawah pengancing, sistem ini memudahkan pelarasan panjang rantai jam sebanyak kira-kira 5 mm. Hanya satu pergerakan diperlukan untuk membuka pautan tambahan ini atau memasang pautan kembali.

Lima milimeter mungkin kelihatan tidak panjang. Namun dalam keadaan tertentu, ada perbezaan antara rantai yang “sesuai” dengan yang “disesuaikan dengan sempurna”. Inovasi ini mengesahkan bahawa, di Rolex, kesempurnaan dalam seni pemakaian tidak pernah dicapai, tetapi dikejar secara berterusan. Lagipun, kesesuaian berhubung kait dengan masa. Sistem Easylink pula menawarkan penyelesaian yang berkesan bagi memastikan keselesaan berterusan dalam kehidupan seharian. Beberapa milimeter tambahan adalah berharga, kerana selalunya pelarasan yang kecil itulah yang membolehkan kecemerlangan mampu dicapai.

Easylink
Fliplock

Fliplock

Luas terbentang

Memperkenalkan Fliplock, salah satu sistem sambungan rantai kami yang terdiri daripada tiga bilah lipat. Tersembunyi di bawah penutup pengancing, sistem ini dihasilkan khusus untuk rantai Oyster jam tangan selaman kami, Oyster Perpetual Deepsea Challenge.

Sistem ini membolehkan rantai jam dipanjangkan hingga kira-kira 26 mm. Pelengkap kepada Rolex Glidelock, sambungan tambahan ini membolehkan jam tangan disesuaikan dengan pakaian selam dengan ketebalan hingga 7 mm. Dengan adanya Fliplock, jam tangan boleh dipakai dalam semua keadaan. Ciri ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah mengurangkan pergerakan yang diperlukan dalam persekitaran yang melampau. Dengan satu gerakan sahaja, pemakai mendapat lebih fleksibiliti dan keselanjaran, yang membenarkan mereka menjangkaui batasan. Kesimpulannya, elemen terbaik menjamin keselesaan. Namun, tindakan yang tepat dan gerakan yang fleksibel adalah penting.

Rantai Oysterflex

Oysterflex

Keteguhan dalam fleksibiliti

Ini ialah rantai Oysterflex kami yang tersendiri, diperkenalkan pada tahun 2015 pada jam Yacht-Master 37. Sifat ketahanan yang unggul ialah hasil daripada dua bilah logam mudah lentur dilitupi dengan elastomer berprestasi tinggi: inovasi yang direka bentuk untuk menangani kekangan khusus pada sesetengah jam tangan Profesional kami.

Rantai ini menggabungkan keteguhan dan fleksibiliti untuk mencapai tahap keselesaan yang tiada tandingan. Padanan rantai teknikal ini dengan penutup jam tangan yang terbina daripada emas 18 karat mungkin mengejutkan. Dari segi estetik, walaupun rantai Oysterflex ialah satu langkah baharu, namun secara teknikal, telah melangkah lebih jauh daripada yang lain. Ciri ketahanan rantai ini sepadan dengan kualiti superlatif jam kami. Begitu juga kusyen yang diletakkan di bawah, menjadikan jam tangan ini sangat selesa. Oysterflex menjadi satu lagi bukti bahawa kepakaran kami menghasilkan tali dan rantai jam tangan ialah satu kebanggaan kami sepertimana penciptaan kaliber kami. Lagipun, tidak mungkin jam tangan kami mampu melewati masa tanpa rantai yang mampu bertahan dengan peredaran waktu.

Oysterflex

Kepakaran Membuat Jam Tangan Rolex

Kecemerlangan sedang dicipta